pejam celik pejam celik
tak sedar dah 19 hari kita di bulan mulia ini
cinta hati aku pun dah mula menyibukkan diri mencari baju raya dan kuih muih

ramadhan bulan mulia
bertemu kawan lama juga aku kira sebagai rezeki
bukan mudah untuk kami berkumpul. tapi alhamdulillah, berkat kedatangan ramadhan, kami berjumpa.
hilang sedikit rindu aku pada mereka-mereka, cukup lah jika mereka berdua ini menjadi wakil phoenix 0307 :)

kalau dulu
fork and spoon je dah memandai nak berbuka
selebihnya semua kerja makcik dining hall
tapi sekarang. sighh. penat
tapi tu la perubahankan. takkan nak duduk ditakuk lama
kita makin dewasakan. ecehh :)
kau banyak cita-cita
cita-cita kau besar belaka
aku kagum dengan kau
tapi langkah kau terlampau besar, tak mungkin aku dapat ikut sama
aku harap kita boleh ikut cara kita
kau dengan cara kau
aku dengan cara aku 
with no hard feeling
tapi aku rasa aku salah
aku fikir bila kita ada di landasan kita sendiri aku sudah lepaskan kau
hakikat, aku sedar, aku masih mahu memegang kau
aku patut tahu hati kau milik kau
bila milik kau, kau bebas buat apa saja tanpa kongkongan
ya aku patut hilangkan rasa ini
aku patut lepaskan kau sepenuhnya
biarlah hati kita sama-sama bahagia
cuma kau beruntung, kau sudah bertemu dengan kebahagian kau
aku? mungkin tak lama lagi juga
buat masa sekarang cukuplah aku bahagia sekadar yang aku ada ini
kasutt!!tolonggg
hahaha! KECEPLUPPP
hahahahaha :D
hahaha..*tarik-tarik kasut*


akhirnya selamat..alhamdulillah berjaya keluar dari cengkaman tanah :)
inilah hobi baru kami..main lumpur
bukan dipaksa tapi terpaksa
tapi tetap best..
kotor-kotor pun takpe, asal kita dari tanah jugak.


lebih kurang tiga minggu lagi tamatlah latihan industri.
rancangan lepas ni? RAYA!! heee..
amboiii segala radio kat malaysia ni da start pasang lagu raya padahal puasa baru seminggu.
cisss..
saje nak bagi perantau macam aku ni sobss sobss di tengah malam


puasa tahun ni aku azam nak khatam satu alquran..sebelum ni asyik berniat, tapi tak pernah dapat nak habiskan.
semoga tercapai :)
MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
pejam celik, pejam celik dah 14 june dah pagi ni
alhamdulillah hidup lagi kita semua
esok kita bakal menduduki paper pertama kita bersama.
kemudiaan masing-masing akan menyibukkan diri dengan penjilidan thesis masing-masing
17 june, insyaallah jika tiada aral melintang, kita sama-sama akan meraikan majlis perpisahan kita
perpisahan sementara. ada jodoh mungkin kita bersua
20 june, paper terakhir kita bersama.
dan kita bakal mebawa haluan diri masing-masing
mungkin kita akan bertemu kembali dan mungkin juga tidak


pertukaran hadiah? 
aku kira idea yang baik
meninggalkan hadiah kenang-kenangan kepada sahabat handai
kalau di beri kesihatan memori
insyaallah kalian semua ada dalam ingatan ;p


tapi
hadiah dan memori?
hadiah mungkin mampu menggamit memori
tapi bukan hadiah yang aku inginkan
jujur. aku mahu memori yang indah
kalau boleh semua memori yang melibatkan persengketaan semua aku nak hilangkan
tapi memory is a part of us kan. susah. 
sekuat mana kita nak tinggalkan memori tu, dia tetap ada.


dengan korang banyak aku belajar
serious.
dan aku sedar, aku banyak sakitkan hati korang
mungkin ada yang menangis kerana perbuatan aku
aku minta maaf


Yang bertudung labuh itu tak tentu lagi baik
Tapi yang baik-baik akan bertudung labuh
Ada yang tak setuju? Terpulang
Pendapat kita hak kita
Aku tak menghalang kamu dengan pandangan kamu, dan aku harap kamu juga begitu
Aku menulis atas dasar pengalaman. Hidup aku di kelilingi wanita
Berbagai-bagai jenis wanita
Yang alim, yang sempoi, yang seksi, dan macam-macam lagi
Aku ada kawan yang bertudung labuh, betul nawaitunya. Demi keredhaan Allah
Aku ada juga kawan yang bertudung labuh demi menutup kekurangan diri
Tak kurang juga yang berubah demi menarik hati sang kumbang
Bagi aku, aku hormat maruah tudung labuh
Selagi aku tak mampu menyama tarafkan diri aku, perbuatan aku, akhlak aku dengan tudung labuh,
Cukuplah kiranya aku menutup aurat aku dengan tudung bidang 45’ ini

kepada pemakai tudung labuh, istiqamahlah kamu dalam memakai 'perlindungan ini'. 
tak semua wanita dipilih untuk menyarung tudung labuh
tak semua wanita punya kekuatan seperti kamu
dan tak semua wanita juga setabah kamu
tabah untuk menyarung tudung labuh yang sering di pandang sebagai kolot

kalau kita cakna, mungkin kita akan nampak, tahun ini adalah tahun reformasi.
reformasi kearah kebaikan
ramai artis-artis berubah kearah kebaikan. alhamdullilah.
harap berterusan

sangat tak best
bila
tengah-tengah malam rasa lapar
and u dont have any foods in ur room


and lagi bertambah tak seronok
bila
kopi aku tinggal dua paket
and aku hidup kat sini just for another 7days.
nak beli sungguh tak berbaloi
ciskek
sponser instant coffee amatlah diperlukan
untuk aku bertahan selama seminggu je lagi


dan gandaan sepuluh tak best 
bila science student yang hanya tahu term science ini
disuruh membaca artical law yang panjangnya melebihi sepuluh pages
macam ikan bernafas diudara, tercungap-cungap aku nak hadam


my brain is melting o.O
ouhh save me pelissss.
MARINEBIOLOGISTS10THGENERATION
lapan hari je lagi
happy? definitely! 
sedih? mungkin
mungkin ada orang kata aku jahat
ya memang. sungguh
aku jahat.. 
bukan aku tak sayang kamu-kamu
tapi bukan semua juga aku sayang. maaf. aku terjujur
ada antara kamu yang pasti saya rindu
yang lain pasti ada dalam ingatan
tapi aku banyak belajar. belajar erti persahabatan
lagi lama kita bersama, lagi banyak sengketa.
mungkin dengan sengketa itu kita lebih mengenali
tapi penat itu pasti.
kadang-kadang kita perlu masa untuk bersendiri
mengenali diri sendiri, mencari apa yang kita perlukan


apa pun, terima kasih
memori tiga tahun kita bersama insyaallah akan terpahat di ingatan aku
MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
#fourteendays : tak sempa tulis. busy. hoho. super busy demi FYP presentation
#thirteendays : terlampau penat. berhari-hari menggagahkan diri tak tidur. 
#twelvedays : saya baru merdeka. tak da feeling nak menaip post


and now. another 11 days. ouchhh
tersengat hati sekejap.
tak lama lagi kita berpisah na...
ada sape-sape nak gambar aku? untuk hilangkan rindu?
kalau nak bgtaw eh..t aku posing tuk korang. haha
nak autograph skali pon boleh.
demi korang ape pon boleh :)
DUGAAN| auchhh
bermula dari hari ke 14 lagi aku disini
first BUSY| ape nak heran busy dengan aku dah macam kembar
kalau ak busy pun aku selalu buat-buat busy..haha.. contohnya busy body
tak tercapai hajat aku nak buat count down everyday. dalam blog ni
tapi tak pe ada sebelas hari lagi aku bersama-sama mereka si MARINEBIOLOGIST10THGENERATIONS
semoga hari-hari terakhir kita ni di iringi dengan kegembiraan
terlepas sudah bebanan besar Final Year Project..alhamdulillah
meraikan pembebasan bersama-sama rakan seperjuangan di NR cafe..


8 June. ada birthday sape-sape tak? happy birthday
tapi hari ni hari paling banyak dugaan
AIR| keperluan asas manusia. mati kering manusia tanpa air
hoho. tapi aku MATI AKAL
time tak ada air ni la macam-macam jadi.
jalam jauh-jauh, konon nak menikmati ais kacang, tapi habis. air tak ada
nak makan nasi. malang. nasi tak masak.
nak mandi. kesian. air tak ada
nak tengok bola, harimau malaya vs singapore. ciskek! gadis-gadis tengah layan drama tv3. ok aku pun gadis
lepas ni kalau aku cakap YES ada orang nak maki tak? huahuahua..
macam ciskek je reff..mungkin beliau perlukan google translate.
then what is the meaning of NO in ur dictionary sir? red card?? hoho funny la u *tepuk-tepuk manja
EURO start hari ni, nak tengok. malas dah. aku tahu mesti gadis2 tengaah layan drama lagi
nak melepak tengok One Piece balik. si momo and bulat buat taik. cissss
sayang oii air tak ada.
ouchhhh seteressss. nasib baik aku berjiwa penyayang
tidur luar!!denda..haha
nak denda jangan makan 3 hari boleh?
memory loss?apasia?dimentia?alzheimer?may be i think too hard this timetapi betul aku risau

i'm 22 and healthy

tak mungkin aku sakit. 
tapi tu semua kuasa allah kan.
aku lupa sejak bila..tapi dah lama
sense of direction aku memang teruk.
tapi start 2009, aku baru sedar yang aku senang sesat.
just imagine, pergi kelas jalan kaki, 
used the same road,but then bila nak balik hostel, aku dah sesat.
aku tak ingat jalan. 
and paling sadis, uni aku kecik
tapi still, aku sesat.
mungkin dulu aku boleh gelak kat diri sendiri
tapi sekarang aku rasa tak..


then, lepas feb 2010 aku jadi pelupa
tapi aku buat tak endah
aku rasa tu sebab aku tersedih melampau
mungkin..

aku lupa apa aku buat petang semalam.
aku makan apa semalam
aku tak ingat aku dah makan or belum. 
maybe ada orang kata aku mengada-ngada.
aku pun rasa diri ni mengada-ngada..
tapi serius aku risau


dan sekarang..aku sedar aku banyak sangat hilang kata-kata
sudden lost of words
aku tak ingat sejak bila..
bukan aku tak tahu apa aku nak cakap, tapi aku terlupa ayat tu
aku ingat dengan kawan-kawan je aku jadi macam tu
tapi time presentation viva aku hilang kata juga
'response' itu ayat yang patut keluar. tapi tak keluar.
aku tak tahu apa perasaan yg ada time tu.
mencari word di depan panel, bukan sesaat or dua, tapi aku rasa lama..5 seconds may be..


kenapa?
sebab umur aku makin tua?
aku search kat internet, tapi aku rasa takut la pulak ;p
semoga aku sentiasa sihat
'mak esok ela ada paper, pastu ada presentation.. stress'
fuh bergenang air mata
tapi di sebabkan aku cool, aku tahan.. mak nak nangis sebenarnye (TT.TT)

seingat aku sejak aku masuk sekolah menengah
matrix and sekarang ni uni,
aku tak pernah lagi mengadu secara direct kat mak
sedih kan? haha
kalau akak aku, time belasan tahun siap nangis hentak-hentak kaki kat mak sebab tak reti nak lukis pelan kemahiran hidup.
jealous

mungkin aku nampak cengeng depan kawan-kawan
tapi aku kuat.
sebab aku tahu aku kuat menangis dari kecik
so aku stop nak jadi cengeng bila dah besar. takot mak bosan nk layan..haha

tapi serius nak nangis.
makkk nak hugsssssss..
jum masuk shower (TT.TT)
MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
counting days..soon we ganna leave this uni. fuh. indahnya dunia.
tapi, 15 hari yg tinggal ni la hari-hari yg critical
presenation viva tomorrow evening
and menjawab biotech paper tomorrow morning
should focus more to 40% instead of 25%..
tapi..
urgghhh, brain y u no focus on biotech??

gudluck siblings; roza, nor and diva
semoga esok kita dapat buat yang terbaik. aminn

first time in my life rasa nervous terlampau.
fuhh..tarik nafas dalam-dalam..sambung edit slides
tak mampu nak menaip. cis
tapi kuatkan hati jugak, kerana azam.
ketaq.. haha. gelabah!
preparation for viva presentation, last minutes correction dari dr. siti.
merah penuh..
gudluck friends!
semoga kita semua cemerlang.
amin..
fanatik? obses? tak ada
obesiti ada..haha. ciskek!


suka aku tengok kawan-kawan yang obses.
si A pada komiknya. kalau aku buntu nak beli hadiah, aku tahu ape aku patut cari.
si B pada pinknya.
si C pada kuning, big bang, kucing.
si D pada accessories.
kakak aku pada korea songs, movies, reality shows. segala yang korea lah kesimpulannya
aku kagum pada A, B, C, D and kakak aku
aku rasa mereka ada identiti..


aku?
aku suka secara tiba-tiba, randomly, bukan obses, bukan fanatik.
sedih bukan?
macam tak ada identiti.
aku suka korea. ya aku suka, sekadar suka, bukan fanatik. aku tahu serba sedikit, tapi tak menyeluruh.
aku suka bola. ya juga. tapi bukan semua benda aku tahu. aku sekadar suka.
aku suka kek. sama juga, aku suka sahaja. kalau si fanatik sudah tentu segala resepi sudah aku cuba. tapi aku bukan
aku suka gitar. suka sahaja, memetik pun aku tak tahu.
aku suka drum, sekadar suka, sebab aku rasa drummer itu kacak.
serius aku tak tahu apa yang aku suka.


ini yang aku kata, aku sendiri tak kenal diri aku lagi secara menyeluruh.
sapa kenal aku? haha..
jangan salahkan orang lain
cinta itu buta
cemburu buta
malam buta
kau letak kan segala kesalahan pada yang lain
kau jatuh cinta tak semena, kau salahkan CINTA. 
ya mungkin cinta itu memang buta, tapi sejak kurun bila cinta punya mata?
yang punya mata engkau. serius. mana mata kau?
bila kau cemburu, kau salahkan CEMBURU pula.
cemburu itu buta. sekali lagi ingin aku tanya, sejak bila cemburu punya fizikal?
sejak bila cemburu punya mata?
mungkin yang buta itu mata engkau, makhluk yang allah kurniakan mata.
bila kau tak mampu melihat di malam gelap, kau salahkan MALAM
malam itu yang kau tuduh buta. haha


ya. kesimpulannya, segala yang betul adalah engkau.
dan yang salah adalah yang berada di sekeliling engkau.
haha. funny.
cuba sekali sekala, muhasabah diri.
aku tak mintak BANYAK KALI BANYAK KALA
aku mintak SEKALI SEKALA sahaja :)


*sekadar mencoret, tiada kaitan dengan hidup dan mati.
Noor Azzah Thani.
hoho. aku jumpe gambar ni je dalam lappy ni :)
happy birthday dear. semoga kau panjang umur, boleh jumpe aku lagi, di murahkan rezeki dan share rezeki dengan aku. semoga kau sentiasa happy. semoga selalu bahagia termasuk bila kau bersama aku. hehe
semoga success selalu. i love u :)


berapa tahun dah kita tak jumpa? haih. serius sedih bila pikir.
terbuktikan, jodoh pertemuan di tangan allah
kita hanya mampu merancang nak jumpe, tapi sampai sekarang tak berjumpa :(
semoga satu hari nanti aku dapat jumpa kau balik
serius rindu


kau kawan aku paling setia teman aku tengok bintang :)
banyak sangat benda tak ter'update. serius rindu.
kau rindu aku tak? cis kalau tak. penat je aku rindu sorang-sorang
da la fb ko tak selalu bukak, twitter aku cari tak jumpe. nak call ko asik busy
happy birthday azzah :)
aku nak wish tepat pukul 12 pagi tadi, namun malangnya kau tak angkat fon! jahat
MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
countdown lagi.
ada tujuh belas hari lagi kita nak hidup sama-sama di bumi terengganu ni
entah bila baru boleh jumpa, aku sendiri tak ada jawapannya
yang pasti kita bakal berpisah
tapi yang lain, entri ini di tulis ketika aku sedang beremosi terlebih
extra sedih. heh!
dah tahu yang perpisahan tu pasti dan nyata, gatal nak sedih-sedih.
kentutkan? nanti lepas keluar dari uni ni aku bagi korang sorang-sorang link blog aku.
insyaallah aku bakal update cerita diri aku dari semasa ke semasa
sape yang rasa rindu aku, datang la jenguk blog ni, tak pun lagi sweet kalau korang terus muncul depan rumah aku :P
hoho. touchy touchy. semoga jodoh tak cemburu dengan kita..


harini dah 3 june. esok 4 june, sape yang dah nak kena present viva, GOODLUCK peeps!
kalau kene hentam pun tak pe kot ;p
last time present kat sini kan. haha. boleh gitu?
yang present 6 june jangan nak huhahuha sangatlah!
including me. hehe. terbaik. viva presentation after biotech paper.
semoga semuanya selamat. semoga aku juga selamat. haha
kentut. takmau kene hentam! pelisssshhhhh prof-prof, dr-dr, puan-puan, tuan-tuan, encik-encik dan cik-cik.
sila fahami saya. haha. *muke mintak belas kesian..hoho jangan kau bagi penyepak sudah :P
owh lupe. yang present 6 june pun, GOODLUCK!


dup dap dup dap
ADAKAH INI CINTA? ahaha
secara scientificnye ia berbunyi lup dup lup dup. laju bunyi darah aku di pam keluar masuk dari chamber-chamber jantung aku.
fuhfuh. gemuruh ke? haha. baru nak present fyp nak gabra. chill bro!
kalau nak nikah mau gugur jantung gini.. haha. propa!
serius weh. dulu time dengar suami kawan aku lafaz akad nikah, aku yang cuak beb.
siap nak menitis-nitis ari mata. kentut. padahal pengantin relax je
tapi aku tahu la hati dia mesti debar tahap dewa kan :P


owh dikesempatan ini jugak, aku nak menjawab persoalan beberapa org rakan. haha sebenarnya sorang. siap ugut nak tengok mesej aku lagi. ciskek!
saya dengan ini mengumumkan saya masih single dan available??available ke? yela kut. scandal pun takde. serius suci bersih kawan ko ni ;p
ada yang berkenan??sila hantar resume bersama slip gaji anda di alamat berikut: hoho..nak alamat ke?
haha. slip gaji? aku bukan mata duitan, aku cuma money lover :)
ini untuk memastikan, kau mampu menanggung hidup aku bersama 12 orang anak-anak, walaupun aku tak yakin aku mampu ada anak yang mampu memenuhkan padang bola, serta sebuah kereta untuk aku dan setiap anak-anak, sebuah rumah bagi setiap anak-anak dan mampu memberi elaun peribadi kepada aku setiap bulan :) hoho. 
ok aku dah mengarut.
tak yah nak cek phone aku. haha. aku tak kutuk kau. serius :)


aku harap aku tak rindu korang nanti. boleh? heee..
selamat bergembira selama tujuh belas hari yang ada ini.
sekian dan salam sayang dari aku di pagi hari :)
leplep; me
super triple S..tabikkk!!hehe
tq kawan :)
u're simple. slumber. sweet
aduihh
jangan la sweet sangat..kencing manis aku nanti :P
pape pun terima kasih super triple S :)

aku pun triple S jugak.. 
simple. sweet. secretive. shille :)
owh empat S lah :)
yang penting masih S kan..heeee..
senyap
tidur
chocolate
ice cream
melepak secara extreme
bershopping
hang out dengan kawan
menangis

mungkin rambut kita sama warna, tapi hati kita, diri kita tak sama :)
ini cara aku hilangkan stress aku.
kau ada cara kau, aku juga ada cara aku
kadang-kadang kau nak kritik tak apa, tapi jangan selalu
peace :)

MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
lagi lapan belas hari untuk kita bersama.
one part of me misses home and cant wait to be back,
one part of me is worried..
saya pasti merindui kamu semua nanti :(


debaran finals and fyp presentation pun mula terasa..
fuhfuhhfuhhhh..
goodluck friends! semoga kita semua berjaya di semester akhir ni :)
amiin..
MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
Yuppie! sehari sudah berlalu and we have another 19 days
cherish the moment we are here together.
hoho second  sekayu trip selamat dijalankan.
tapi cuaca memang selalu jelous dengan kita kan?
happy? haruslah happy.
semoga saat-saat terakhir aku disini dihiasi dengan kenangan yang indah-indah sahaja


and HAPPY BORNDAY shazwani mohamed :)
semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati selalu, berjaya sentiasa, dan gembira bersama family tercinta <3
heeee..urmmmmm aku rasa korang sweet :) ehehe

CHOCOLATE contains phenyl ethylamine (PEA), the same chemical released in brain when you fall in LOVE

woooahhhh..seriously chocolate?
i fall in love again tonite..hohoho


sedapppnye Cadbury Hazel Nut :)
MARINEBIOLOGIST10THGENERATIONS
another 20 days for us to be together here
sedih?mungkin
gembira?tentu sekali
adat la tu, bertemu, berkenal, berpisah
kalau ada jodoh kita jumpa la lagi kan? kan?
kalau tak berjodoh? urmm..jodoh tu kan ketentuan Allah.
doa la semoga kita bertemu balik. 
chill bro..jangan nak sentimental sangat
nanti kalau rindu rinduan, alam maya kan ada
ape susah..betulkan?

banyak sebenarnya memories yang kita kumpul, kita cipta bersama.
manis pahit payau segala ada. haha
apa-apa pun terima kasih tak terhingga
pada sapa yang bahagia, teruskan berbahagia
yang masih mencari, sila teruskan pencarian ke arah kebahagiaan anda
semoga sama-sama kita semua kecapi kebahagiaan

setelah 22 tahun aku hidup
ini pertama kali perkataan 'nanti bila-bila kita jumpa la' tak akan aku ungkap
kenapa? berbalik pada kata aku di atas, jodoh dan pertemuan kita ketentuaan Allah
ada jodoh insyaallah kita bertemu :)
peace~
aku?
si pendek, gemuk, dan tak cantik dimata manusia.
cantik tu subjektifkan??haha
tapi aku seronok untuk dipeluk..wahaha..ok aku bukan jual diri

happy go lucky?
haha. untungla sapa yang kata aku macam tu
tapi emosi aku jugak kadang2 unstable..hoho.
moody tetibe, maraung tak menentu ;p

setia?
korang nilai la sendiri.heh

derita?
hohoho. ada orang tak pernah rasa.
tapi takpe.
sekurang-kurangnya aku ada satu pengalaman yang orang lain tak rasa.
don't be jelous ok ;p


dan semua orang patut tahu
aku SAYANG MAK sangat-sangat..hehe.semua pun kan??
kalau pape jd kat aku, sekurang-kurangnya orang lain boleh sampaikan kat mak aku yang aku sayang dia sangat sangat.. the one and only cinta sampai mati aku :)
ok air mata dah bergenang..homesick..
penyayang?
aku mungkin penyayang. tapi dengan cara aku sendiri.
jangan pura-pura sayang kalau tak sayang!
dan jangan pura-pura tak sayang kalau kau sayang!


ini tiga handsome boys yang aku dah jatuh sayang
aku mengaku, aku penjijik..bukan senang aku nak belai kucing jalanan
sayang aku hanya untuk kucing aku
tapi itu DULU
alhamdulillah SEKARANG aku dikurniakan kawan yang sangat penyayang dan perihatin
sedikit sebanyak aku berjaya berubah
momo, bulat, jayjay..semuanya kucing jalanan..cuma bulat bertuah dah dapat tuan.




ini momo, si handsome yg berjaya buat aku rasa nak menitis air mata malam ni.
momo sakit, duduk tak boleh..aku rasa berjalan pun mesti sakit. nak tidur ni aku terbayang, macam mana momo nak tidur malam ni? haihh..if only i can help him. aish.. najis + air keep on keluar. momo kenapa??sape buat? semoga awak cepat sembuh ye momo..


tak sangkakan dalam dunia yang makin kejam ni ada lagi manusia berhati mulia. masih ada makhluk allah yg bergelar manusia nak membantu momo, nak bawak momo pergi rawatan..terharu..semoga allah memberkati kalian..sorry momo, akak, kak mira, kak wani, kak zetty tak mampu nak tolong awak..tp k.mimi tengah berusaha..semoga awak tabah ye momo (T.T)
bukan sekali
bukan dua
tapi dah berkali-kali
ciss la semua lelaki ni!
be a gentlemen lah.
nak gurau-gurau boleh. serius aku tak marah
gurau kasar pun aku boleh terima lagi. sbb aku mmg dah trained mulut aku utk berkasar-kasaran
tapi!
bukan dengan gambar-gambar scary, han tu, yg ber da rah.
bukan dgn lipas, bukan dgn segala jenis binatang lembik, byk kaki
dan bukan dgn segala jenis bugs.


pppppppppffffffffffffffffffffffffttttttttttttttttttttttttt!!
"jum tukar dp?"
"what??"
bermula dengan kes tukar dp, aku yang jahil ni tercari-cari reason, why they changed their dp..
baru aku tahu apa iti hari nakba..
kesengsaraan yang tak pernah aku rasa..
di halau di tanah sendiri,
menderita di tanah sendiri
semoga mereka bertahan dan semoga semuanya akan selamat
allah always with you sisters and brothers..menitis air mata T.T

aku tertanya-tanya, kenapa mesti mogok lapar??why??kenapa nak binasa kan diri?
and alhamdulillah aku dapat jawapan
mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yg ada pada mereka disana..

Berkaitan mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan Palestin Hana as-Shalabi,ikuti soalan dan jawapan yang diajukan kpd Syeikh Dr yusuf Qardhawi.
(Petikan dari buku Fatwa on Palestine - Syeikh Yusuf Qardhawi)
Soalan yg ditanyakan kpd as-Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.
"Bagaimanakah Islam melihat perbuatan mogok lapar dengan mengambil kira bahawa inilah cara yang paling berkesan untuk memenuhi tuntutan beliau? Juga, pihak yang ditahan (secara zalim- terpenjara) tidak mempunyai cara lain untuk menuntut haknya; pengalaman menunjukkan ini adalah cara yang terbaik untuk menjejaskan pihak musuh."

Jawapan: Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Tidak ada masalah sekiranya pihak yang ditawan menggunakan kaedah mogok lapar, jika beliau memikirkan ini adalah cara yang berkesan untuk menuntut hak beliau dan untuk menimbulkan keresahan di pihak musuh. Apa yang menimbulkan kemarahan kepada pihak musuh disukai oleh Islam, sebagaimana Allah SWT memuji para sahabat Rasulullah SAW. "... Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (musuh) dengan kekuatan orang-orang beriman " al-Fath 29. Allah SWT juga menyebut tentang mereka yang berjuang pada jalan Allah.

"... dan tidak pula menginjak satu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir (musuh), dan tidak menimpakan satu bencana kepada musuh, kecuali akan dituliskan pada mereka satu amal kebajikan" - at Taubah 120.

Sekiranya kaedah ini menimbulkan kemarahan golongan kafir (musuh) dan menjadikan suara tahanan didengari di seluruh dunia, ia bukan sahaja dibenarkan, bahkan digalakkan. Ini adalah kerana seorang muslim itu akan bertahan sejauh kemampuannya, tetapi beliau tidak akan sampai menyebabkan kematian kepada dirinya kerana nyawa bukan milik beliau. Allah SWT berfirman

"Dan jangan kamu bunuh diri kamu; sesungguhnya Allah amat pengasih kepada kamu" an-Nisa 29

Jawapan: Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Tidak ada masalah sekiranya pihak yang ditawan menggunakan kaedah mogok lapar, jika beliau memikirkan ini adalah cara yang berkesan untuk menuntut hak beliau dan untuk menimbulkan keresahan di pihak musuh. Apa yang menimbulkan kemarahan kepada pihak musuh disukai oleh Islam, sebagaimana Allah SWT memuji para sahabat Rasulullah SAW. "... Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (musuh) dengan kekuatan orang-orang beriman " al-Fath 29. Allah SWT juga menyebut tentang mereka yang berjuang pada jalan Allah.
"... dan tidak pula menginjak satu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir (musuh), dan tidak menimpakan satu bencana kepada musuh, kecuali akan dituliskan pada mereka satu amal kebajikan" - at Taubah 120.
Sekiranya kaedah ini menimbulkan kemarahan golongan kafir (musuh) dan menjadikan suara tahanan didengari di seluruh dunia, ia bukan sahaja dibenarkan, bahkan digalakkan. Ini adalah kerana seorang muslim itu akan bertahan sejauh kemampuannya, tetapi beliau tidak akan sampai menyebabkan kematian kepada dirinya kerana nyawa bukan milik beliau. Allah SWT berfirman
"Dan jangan kamu bunuh diri kamu; sesungguhnya Allah amat pengasih kepada kamu" an-Nisa 29
(sumber)


dulu aku pernah diprovok..'kau berjuang menyokong selamatkan masjid aqsa, sebenarnya kau tahu tak yang mana satu masid tu??'
dan i was like..speachless
aku tahu yang berkubah emas itu..
tapi sebenarnya bukan..itu adalah Kubah Sakhrah


dan kemudian aku percaya, kubah kelabu itu kubah masjid aqsa
dan sekali lagi aku SALAH! itu kubah Masjid al-Qibli


dan yang sebenarnya seluruh kawasan 144,000 meter persegi itu adalah kawasan masjid aqsa yang dalamnya ada Musolla Al-Marwani, telaga, pintu-pintu, kubah-kubah, kubah as-sakhrah, Masjid al-Qibli (yg berkubah kelabu, dinamakan al-Qibli kerana berada di selatan masjid Al-Aqsa yg menghala ke arah Qiblat)



kawan aku pernah kata
"jangan kata takda masa, masa sentiasa ada, kite je tak tahu nak guna"
ahhaaa..and i agreed!hee
walaupun sibuk mengedit, mengayat, mengtouch-up thesis yang lagi 6 hari nak kena hantar, ehh silap 5 hari
itu tak menghalang aku untuk berblogging..wehee.konon-konon macam aku ni hebat la kan..
pandai manage time segala..haktuihh
padahal mata duk lebam, kalah panda kat zoo taiping tu..ade panda ke??haha


time tertekan ni kalau call si cinta hati best jugak
"tidur lambat ke?"
"tak lah bangun awal pagi.."
sakarstik punye anak! jangan tiru aku..
"elok la tu, kumpul biar bertimbun, pastu tension sampai nak bunuh diri"
yey! puan ibu memuji saya
esok-esok boleh buat lagi :))
haha. kentut!


dari lepas dinner td, punggung aku tak beralih dari kerusi biru ni..kematu daa..
dan disney princess kat katil aku bagaikan memanggil-manggil aku untuk bersama mereka..
fuhhhhh...sila tabahkan hati, mata, otak dan tangan aku demi project yang satu ini :)




gila kentang tak berusik katil aku malam ni.
nantikan kemunculan kembar panda esok hari :)


tak cukup dengan teletubbies dan mickey mouse
hari ni miss Z pun pandai nak bahan aku. cisciscis..heh
aku sebesar helang ke helang sebesar aku? haha
okeh, sebenarnye miss Z jumpe helang besar aku dkt Tanjung Pucat Mukah..wooaahhh! confirm pucat muka kalo jumpe..


sekian dan aku rasa sayu tengok katil aku kosong tapi katil roomate aku berpenghuni..cis!
selamat bermimpi roomie :)
wishing here
wishing there
semue pun duk kalut wish ibu-ibu happy mother's day
dulu aku pun kalut jugak..tapi ada orang tegur aku
dia kate, orang islam tak elok sambut mothers day ni. so aku berhenti *tapi ikot nawaitu kan??
dan akhirnya aku kata EVERYDAY is mothers day!
sweetkan :)
mak, i know u know i love u very much :)
sayang yang tak terkata..hehehe..
okeh abes bab berkasih sayang dlm blog ni..jum bersayang-sayangan di dunia realiti :P
owh adek aku nak bersweet-sweetan jugak..jum jum..nanti akak layan..sah kes tak reti nak pilih hadiah budak ni

mickey mouse?teletubbies?
both cute..
tapi kenapa??
kenapa aku mcm mickey?kenapa aku mcm teletubbies??
okeh. aku terima hakikat aku comel, disayangi dan diminati..haha.
cis!
mak, ibu, mama. ummi.
i called my mom mak
cinta sampai mati aku.
yang sangat kuat, sangat tabah, sangat independent, sangat awesome!
sayang aku pada mak sangat tak terkata.


cuma sekarang,
aku nak menyelami hati seorang wanita yang aku panggil mak.
hope aku dapat jadi anak mak yang baik :)
dapat balas jasa-jasa mak yang dah tentu aku tak mampu balas.
masalah, sentiasa ada.
mungkin tiada di alam fantasi.
tapi fantasi itu bukan dunia aku, dunia aku dunia realiti
kita tahu, setiap penyakit pasti ada penyembuhnya
sama juga
setiap masalah pasti ada penyelesaiannya
mencari penyelesaian bukan mudah
perit, sakit
ya aku sakit! sakit mencari penyelesaian
saat ini, sokongan yang aku perlukan.

terima kasih kawan atas sokongan. love u till jannah
ukhuwwah fillah abadan abada..kita keluarga walaupun tanpa pertalian darah
kasih sampai mati saya adalah siblings saya.
orang kata air di cincang takkan putus. insyaallah, we never try untuk memutuskan ikatan ini. cewah! tp betul
aku ada 8 orang adik beradik, 6 girls and 2 boys. 
productive kan parents aku? haha
rezeki allah. lg pun mak aku anak tunggal, abah 3 orang adik beradik. dorang pun nak jugak rasa ada keluarga yg besar kan :)


kakak aku, adik-adik aku..aku sayang dorang tahap tak tahu nak cakap ape..haha
ok aku homesick. kentutlah! dah besar ni baru tahu erti homesick.cis

aku bertanya
sebab aku tak tahu
aku mintak tolong
sebab aku tak mampu
aku marah
sebab kau buat benda yang aku tak suka
aku menangis
sebab aku sedih
aku ketawa
sebab aku happy


simple!konsep alam
everything happen for a reason

(sumber)

the five essential parts of a successful relationship
love
trust
respect
loyalty
communication
(sumber)

relationship??relationshit??
the only relation that i called as relationshit is my relation with my past love..wahahaha
bajet bajet gitu..haha..takde lah..takde dalam kamus pun relationshit tu..tu sekadar ayat kotor yang digunakan untuk memburukkan perkataan suci yang di panggil relationship.


makin lama aku hidup, makin pandai otak aku fikir,
aku rasa aku makin serabut
tiap tiap hari ada orang bergaduh, berbalah, berdebat
parti la, bola la, puak la, kaum la, gender la..macam macam. serabut perut gua!
okey cerita pasal bola. walaupun aku suka duk kutuk fan chelsea, liverpool, arsenal
tp aku sayang dorang taw! dorang masih kawan aku, masih menyokong Harimau Malaya sama dgn aku.
sapa yang tak sokong meh aku pancung! haha


kalau aku, kau, kamu dan mereka itu penyokong Harimau Malaya, adakah kita geng?
ouh tidak ok! tidak! haha..
kenapa? sebab korang tak sokong MU. wahaha. sengal!
aku tahu MU tak masuk final. tp sila jgn kutuk. nanti aku ketuk!


aku pun wonder sebenarnye ape maksud geng ni.
nasib baik uncle google aku ni power rangers. 
tadaaaaaa...here goes the meaning of 'geng'
geng: kumpulan orang yg melakukan sesuatu bersama-sama biasanya utk pekerjaan jahat/kumpulan pekerja, penjenayah,dll,gerombolan
aku ada geng? serius tak ada!memang tak ada!
aku bukan penjenyah. aku bukan penjahat! tolong! tolong! sy tak nak kena tangkap dengan polisssss!


realiti hidupkan, bukan senang nak cari orang yang sentiasa ada dengan kita, yang menyokong semua benda yang kita suka. kan? even families pun kadang-kadang bercanggah pendapat, inikan pula kita-kita yang tak da hubungan darah ni kan..hailaaa.. manusia manusia..


you have to accept the fact that some people will never fit into your life, no matter how much you want them to


sekali lagi aku keluarkan kembali kata-kata aku;
orang yang aku nak bersama aku adalah orang yang sentiasa ada bila aku happy, emo, sedih, gila dan sebagainya. (shilleyusof, 15/4/2012:0041hr)
ini keinginan aku.
aku nak kawan, aku nak sahabat untuk sama-sama share ape yang aku rasa.
sama-sama buat benda yang aku suka
paling tidak pun kawan yang mampu buat aku ketawa bila aku berduka
tak pernah teringin, terlintas dan terfikir pun untuk menubuhkan kumpulan yang aku boleh bagi nama sebagai 'kumpulan aku'


mereka yang sentiasa ada bersama aku, aku panggil sebagai kawan rapat aku.
yang lain, kenalan aku..kamu kamu kamu dan kamu, anda masih kawan saya. masih!
semua orang ada close friend kan? saya juga.


(sumber)
kalau ada yang terasa, maaf dipohon.
kalau masih terasa. marilah kita berjumpa, berbincang. kan lagi bagus kalau macam tu
tak elok kita bermuka-muka
bermasam muka lagi la tak elok. cepat tua :)
adios~

Followers