MARINEBIOLOGIST10THGENERATION
pejam celik, pejam celik dah 14 june dah pagi ni
alhamdulillah hidup lagi kita semua
esok kita bakal menduduki paper pertama kita bersama.
kemudiaan masing-masing akan menyibukkan diri dengan penjilidan thesis masing-masing
17 june, insyaallah jika tiada aral melintang, kita sama-sama akan meraikan majlis perpisahan kita
perpisahan sementara. ada jodoh mungkin kita bersua
20 june, paper terakhir kita bersama.
dan kita bakal mebawa haluan diri masing-masing
mungkin kita akan bertemu kembali dan mungkin juga tidak


pertukaran hadiah? 
aku kira idea yang baik
meninggalkan hadiah kenang-kenangan kepada sahabat handai
kalau di beri kesihatan memori
insyaallah kalian semua ada dalam ingatan ;p


tapi
hadiah dan memori?
hadiah mungkin mampu menggamit memori
tapi bukan hadiah yang aku inginkan
jujur. aku mahu memori yang indah
kalau boleh semua memori yang melibatkan persengketaan semua aku nak hilangkan
tapi memory is a part of us kan. susah. 
sekuat mana kita nak tinggalkan memori tu, dia tetap ada.


dengan korang banyak aku belajar
serious.
dan aku sedar, aku banyak sakitkan hati korang
mungkin ada yang menangis kerana perbuatan aku
aku minta maaf

0 comments:

Followers