jangan salahkan orang lain
cinta itu buta
cemburu buta
malam buta
kau letak kan segala kesalahan pada yang lain
kau jatuh cinta tak semena, kau salahkan CINTA.
ya mungkin cinta itu memang buta, tapi sejak kurun bila cinta punya mata?
yang punya mata engkau. serius. mana mata kau?
bila kau cemburu, kau salahkan CEMBURU pula.
cemburu itu buta. sekali lagi ingin aku tanya, sejak bila cemburu punya fizikal?
sejak bila cemburu punya mata?
mungkin yang buta itu mata engkau, makhluk yang allah kurniakan mata.
bila kau tak mampu melihat di malam gelap, kau salahkan MALAM
malam itu yang kau tuduh buta. haha
ya. kesimpulannya, segala yang betul adalah engkau.
dan yang salah adalah yang berada di sekeliling engkau.
haha. funny.
cuba sekali sekala, muhasabah diri.
aku tak mintak BANYAK KALI BANYAK KALA
aku mintak SEKALI SEKALA sahaja :)
*sekadar mencoret, tiada kaitan dengan hidup dan mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment