"jum tukar dp?"
"what??"
bermula dengan kes tukar dp, aku yang jahil ni tercari-cari reason, why they changed their dp..
baru aku tahu apa iti hari nakba..
kesengsaraan yang tak pernah aku rasa..
di halau di tanah sendiri,
menderita di tanah sendiri
semoga mereka bertahan dan semoga semuanya akan selamat
allah always with you sisters and brothers..menitis air mata T.T

aku tertanya-tanya, kenapa mesti mogok lapar??why??kenapa nak binasa kan diri?
and alhamdulillah aku dapat jawapan
mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yg ada pada mereka disana..

Berkaitan mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan Palestin Hana as-Shalabi,ikuti soalan dan jawapan yang diajukan kpd Syeikh Dr yusuf Qardhawi.
(Petikan dari buku Fatwa on Palestine - Syeikh Yusuf Qardhawi)
Soalan yg ditanyakan kpd as-Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.
"Bagaimanakah Islam melihat perbuatan mogok lapar dengan mengambil kira bahawa inilah cara yang paling berkesan untuk memenuhi tuntutan beliau? Juga, pihak yang ditahan (secara zalim- terpenjara) tidak mempunyai cara lain untuk menuntut haknya; pengalaman menunjukkan ini adalah cara yang terbaik untuk menjejaskan pihak musuh."

Jawapan: Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Tidak ada masalah sekiranya pihak yang ditawan menggunakan kaedah mogok lapar, jika beliau memikirkan ini adalah cara yang berkesan untuk menuntut hak beliau dan untuk menimbulkan keresahan di pihak musuh. Apa yang menimbulkan kemarahan kepada pihak musuh disukai oleh Islam, sebagaimana Allah SWT memuji para sahabat Rasulullah SAW. "... Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (musuh) dengan kekuatan orang-orang beriman " al-Fath 29. Allah SWT juga menyebut tentang mereka yang berjuang pada jalan Allah.

"... dan tidak pula menginjak satu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir (musuh), dan tidak menimpakan satu bencana kepada musuh, kecuali akan dituliskan pada mereka satu amal kebajikan" - at Taubah 120.

Sekiranya kaedah ini menimbulkan kemarahan golongan kafir (musuh) dan menjadikan suara tahanan didengari di seluruh dunia, ia bukan sahaja dibenarkan, bahkan digalakkan. Ini adalah kerana seorang muslim itu akan bertahan sejauh kemampuannya, tetapi beliau tidak akan sampai menyebabkan kematian kepada dirinya kerana nyawa bukan milik beliau. Allah SWT berfirman

"Dan jangan kamu bunuh diri kamu; sesungguhnya Allah amat pengasih kepada kamu" an-Nisa 29

Jawapan: Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Tidak ada masalah sekiranya pihak yang ditawan menggunakan kaedah mogok lapar, jika beliau memikirkan ini adalah cara yang berkesan untuk menuntut hak beliau dan untuk menimbulkan keresahan di pihak musuh. Apa yang menimbulkan kemarahan kepada pihak musuh disukai oleh Islam, sebagaimana Allah SWT memuji para sahabat Rasulullah SAW. "... Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (musuh) dengan kekuatan orang-orang beriman " al-Fath 29. Allah SWT juga menyebut tentang mereka yang berjuang pada jalan Allah.
"... dan tidak pula menginjak satu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir (musuh), dan tidak menimpakan satu bencana kepada musuh, kecuali akan dituliskan pada mereka satu amal kebajikan" - at Taubah 120.
Sekiranya kaedah ini menimbulkan kemarahan golongan kafir (musuh) dan menjadikan suara tahanan didengari di seluruh dunia, ia bukan sahaja dibenarkan, bahkan digalakkan. Ini adalah kerana seorang muslim itu akan bertahan sejauh kemampuannya, tetapi beliau tidak akan sampai menyebabkan kematian kepada dirinya kerana nyawa bukan milik beliau. Allah SWT berfirman
"Dan jangan kamu bunuh diri kamu; sesungguhnya Allah amat pengasih kepada kamu" an-Nisa 29
(sumber)


dulu aku pernah diprovok..'kau berjuang menyokong selamatkan masjid aqsa, sebenarnya kau tahu tak yang mana satu masid tu??'
dan i was like..speachless
aku tahu yang berkubah emas itu..
tapi sebenarnya bukan..itu adalah Kubah Sakhrah


dan kemudian aku percaya, kubah kelabu itu kubah masjid aqsa
dan sekali lagi aku SALAH! itu kubah Masjid al-Qibli


dan yang sebenarnya seluruh kawasan 144,000 meter persegi itu adalah kawasan masjid aqsa yang dalamnya ada Musolla Al-Marwani, telaga, pintu-pintu, kubah-kubah, kubah as-sakhrah, Masjid al-Qibli (yg berkubah kelabu, dinamakan al-Qibli kerana berada di selatan masjid Al-Aqsa yg menghala ke arah Qiblat)



0 comments:

Followers