tertarik dengan kata-kata kawan
yang sepatutnya mencari, and meyenaraikan ciri-ciri pasangan adalah wanita.
kenapa?
sebab kami mencari bakal imam kami, bakal pemimpin kami, yang mampu membawa kami ke jalan yang di redhai :)


ok gud night people!dah pukul 2 pagi lebih dah pun



gedik?
ok perempuan sangat sinonim dgn word ni.hailaaa
percaya atau tak, aku pun pernah kena
haha!aku gedik!serious?
ntah la. aku rase tak. bg aku difinisi gedik tu adalah bile perempuan tu menggatal, menggesel, mengorat, menggoda, bermanja-manjaan berlebihan terutama dengan kaum tak sejantina. tak reti jaga diri, sengaja bagi peluang pd lelaki2 mata keranjang, suka2 hati pegang tangan anak teruna orang. secara rela bagi diri kat lelaki! *ok aku rase tahap diskriminasi kaum (lelaki n perempuan) aku meningkat kembali*
peliss la. sila jaga pride anda.
jangan terperanjat. lelaki pon ada jugak yang gedik!
seriously ada! berbulu mata aku tengok.


lagi satu. ada jenis org yang mengamalkan gaya hidup annoying
1. budak kecik perasan besar- ni jenis budak setahun jagung yang perasan berpengalaman segala hal. cakap macam dia lah orang terhebat. pung pang pung pang. skali isi semua salah. apadaaa.. tak salah nak memberi info, tapi sebelum memberi sila kaji. anda kelihatan stupid! seriously! please stop it! jangan nak jd miss google sangat lah.


2. orang besar perasan kecik- 'titew nak tidow lu lew, tapie peyot titew lapaww.lapaww gilew-gilew.adew tak sape2 nuk uat an titew milow?or teman titew mamam?'
yucksss!serious yucksss! kalo gadis-gadis guna aku boleh la paham. di maafkan la sikit. kalau lelaki!aisehhh penat je ko jd macho der. bile anta msg mcm hacktuiihh. jangan kata tak ada! lelaki yang ajak aku pegi mamam sebab housemate dye taknak uat an nsi goreng tuk dia. haishh.


3. extra parents- apekah?ok ko nak kuar g jalan2, g hang out ngan kawan, ko nak mengelamun tepi tasik, ko nak mendaki menara KLCC, ko mintak permission mak and ayah tak? kalo mintak alhamdullilah..tapi kalo ngan parents sebenar ko pon ko maen langgar terjah tak mintak permission awat nye ngan boyfriend/ girlfriend kne mintak permission? beliau lahirkan korang? besar kan korang?dah gila-gila janji nak teman aku maen pondok-pondok, tetibe cancel, alasan bf (extra parents) korang tak bg. haduhai. konon nak practice jd husband/wife soleh/solehah la kan. haishh. tak tentu weh. orang yang bercinta bagai nak terbalik dunia pon tak tentu kawen. enjoy la life ngan friends dulu. lagi-lagi kalo orang-orang yang sejenis ngan aku (perempuan). dah berkeluarga nanti mmg takda masa dah nak berkumpul ngan kawan-kawan.


haha.entri ni tiada kaitan antara yang hidup or yang sudah meninggal dunia. hanya terfikir, tertulis dan terpublish :)
peace


yangmenaip

love when you are ready, not when you are lonely
aku rase aku da penah gune ayat kat atas tu.
and i say YES!
bile sampai seru i'll fall in love. dgn sape-sape je la.
at dis time. dis moment. i'm not ready and i'm not lonely.
i still have family, friends.
laen la kalo semua kawan aku da masuk persatuan bini-bini sedunia. haha
and serius!sila serius!hahaha
friendship between men and women?
hurrmm..dulu aku kate boleh. sangat boleh.
tapi now. urmm impossible kot. jangan tanya kenapa.
mungkin aku terpengaruh dengan novel.
owh aku ada baca kat one novel tu. lupe tajuk ape dah. melayu
friendship lelaki and perempuan impossible. salah sorang mesti akan tersasar tersayang lebih dari kawan. heh. 
actually banyak novel yang ada jalan cerita camtu kan.


tapi kaannnnn..
macam pelik pulakkan. takkan la jodoh kita bukan di kalangan orang yang kita kenal.
*mmg ada..tapi jarangkan.
and ustaz aku pon penah cakap.
'jodoh kita ada kat sekeliling kita,......bla bla bla...'
aku ingat part jodoh je. haha. time tu gatai merenyam lagi :P
maknanya lebih kurang jodoh kita ni dalam kalangan kawan-kawan or kenalan kita la kan?
entah. aku tak dapat hadam lagi maksud-maksud tersirat dan tersurat. haha.


aku ada lagi satu novel tak khatam and satu lagi tak bukak lagi.
malangnya semester baru dah start. hold sebentar pembacaan.



bosan menyiapkan assignment first. tulis biodata. sweet lecturer aku nak bermesra-mesraan
luv u lah dr.
yey!
aku tambah lagi satu blog.
urmm so, blog ini blog untuk aku,
lagi satu untuk isi-isi otak aku yang tak ada kaitan dengan aku.
haha.
boleh kelik di atas yg tulis 'my eyes'
atau pun disini juga.
click

lotsoflove:

aku dah 22tahun. cukup besar. cukup matang.
dah boleh bezakan yang baik dan yang buruk.
tp kadang-kadang as human aku tak boleh lari dr kecuaian, menafikan kebenaran. terlampau mengikut nafsu muda.
yes. i need bimbingan and sokongan from families, from friends. i need their support.
i have faith that i can berubah. insyaallah.
i need to find cinta hakiki, cinta ilahi.
semoga hati ini kuat. amin


salam. selamat hari khamis
rio sudah selamat dikebumikan. sasa n tia kate aku scary. tukang sapu gelakkan aku. kentut! haha
yang penting dah selamat.
kenduri roti canai dah buat bersama tia, sasa n mira. sasa, tia tq korang :)


kami. kenduri roti canai
gali-gali lubang. 5 inci cukup.
penat tangan
artis buat kerja. sure la ada cameraman.
baru glamour gitu
masuk lah engkau dalam lubang tu.
nak buang dalam tong sampah aku rase kejam.

siap sudah
alhamdullilah

pencari lokasi, peneman, juru kamera :)

pokok rio :)



okey
malam ni aku sedih..huwaaaa (meraung sat)
rio. he is handsome. kacak. bergaya
banyak makan.
tapi dulu aku tinggalkan dia. sekejap je.
dlm seminggu. tp roomate aku temankan die.
suppose he shud be ok. tapi die mengurus.
aku boleh rase dye mengurus.
then hari ni, pagi td after tgk result he still fine
semalam segar jugak.
malam ni aku g dinner, ingat nak bg makan after aku dinner
tup tup..da meninggal (meraungg lagi).huwaaaa :(
tak sempat aku nak cari bini die.
food die pon still berbaki.


aku da mandikan die bersih-bersih.
da bungkus. esok nak kebumikan.
pasni tak nak da aku bela sape2..buat sedih je.
gemok..sampai sekarang tak penah jumpe.
kecik..mati tak sempat jumpe aku (time tu dye ngn kawan aku)
then rio..mati b4 aku bg makan :(
proses pengkapanan beliau
poggy, yolda n mimi tumpang sedih :(
aku yg tentunye bersedih jugak
dah malam da ni..esok aku kebumikan ko ea....


nota hujung entri
*orang nak kate aku ngade. suke korg la. yg penting aku mmg sedih :(
sangat
result saya hampir nak cantek.
kecewa?sikit. tak da la sampai nak meraung bagai
n tiap kali jd macam ni teringat ustazah kt college dulu
'kdg2 yg dah nak dapat sipi2 tu mesti ada benda yang tak kena. tak jaga hubungan. dgn allah, dgn parents, dgn kawan'
ya betul!
saya tak menjaga hubungan.
my bad.
result sudah keluar
jeng jeng jeng. ok aku tak nervous dis time.
haha. kau bajet kau hebat shila?mesti lah tidak :)
tapi alhamdulillah, ade jugak result dari tak ada. haha
kuar je result macam macam ada
ada yang mencarut, memaki
ada yang mengeluh
menangis, meraung (ade ke?) next time usaha lagi ok.
ada yang berdiam
ada yang happy
memuji, teresak-esak gembira
senyum :)
paling tak boleh blah, result tak cek lagi trus tanye ptptn dah masuk belom
haha
manusia..
papepon..njoy ur day, ur result, try harder next time, jangan bermegah-megah sangat, tak perlu kecewa sangat.
selamat hari rabu! peace ^________^


hahaha (mukadimah dengan ketawa :D)
okey
aku terbaca balek actually aku membaca balek
entri aku yang aku kata "i cant smile without u whatever lalala tu la
tipu itu semua! 
haha
sungguh dusta!
aku bole je smile. bukan lagi smile, ketawa bahak bahak
tahap nak pecah gegendang telinga lagi. bwahahaha
serious macam mane la aku boleh buat entri gaya gitu.
secara konlusi nya sila jangan percaya.
yeke???
tak kot..hahaha

ini cerita roomate saya a.k.a kawan saya lah..heh
ini kami :)
kau tahu perasaan aku??
kau tahu jiwang jiwang aku??
haha
tak ramai orang tahu..aku rase aku ni bukan lah open sangat
serious tak open.
mak aku tak tahu. siblings aku tak tahu. bestfriends aku tak tahu. close friends aku tak tahu.
tapi banyak yang roomate aku tahu.haha
macam lawak pon ada. tak percaya pon ada. tapi aku pon tak taw awat nye aku senang sangat nak bukak cite kat roomate aku yang sorang ni.
may be die pendengar yang baek (take note eh!sedang memuji ni) hehe
may be die anak second macam aku.
may be cerita kita hampir sama.
may be..
pape pon tq for being such a good roomate and friend to me :)


nota hujung entri
*banyak falsafah and falsampah (kadang-kadang) kitorang reka
**semalam baru lepas sesi cerita suka duka.

tetibe aku nak cerita salur galur nama aku
mak abah bagi aku name nurul shila.cantek.walaupun dulu aku penah mintak mak tukarkan name aku. 
mak abah n family terdekat pangil aku ela.
and ada yang panggil ila. aku tak suke!ila?tah macam tak kene ngan diri aku :) demand lebih.


shila. thats my name!cikgu panggil shila, kawan panggil shila, org baru kenal pon panggil shila, i introduce my name as shila jugak. as time passed, aku pon makin besar (dan lebar jugak), kawan kawan bertambah n masuk kolej (sekolah sebenarnye). orang mule panggil macam macam. aku pon tak ingat ape first batch name aku. yang aku ingat ada yang panggil
mambo. (sempena nama shiela mambo)
then shell..
?????
pastu ade yang panggil shieltox
ok boleh bunuh nyamuk n lipas :)
n macam2 lagi yang aku pon dah lupe. and paling last shille (pronounce as shil).. and name ni kekal sampai sekarang.
tapi lawak bile ade orang try sebut name aku..shil-le..what the.burokssss sangat..haha
and baru2 ni ade orang eja nama aku as shield
haha!
da la time matrix dulu, bile blaja pasal electron shield mesti ada org maen kan aku.kentut betol.


akuyangbernama:
disebabkan pagi tadi aku punye kepala sangat sakit, so aku putus kan. tak yah masuk lab!kesian anak2 aku kat lab tu kene tinggal.hailaa nak buat cam ne ur mummy is not well.tak sihat. so hari ni hari cuti aku.
tp dok dalam room bukan boleh buat aku sehat pon. then aku turun la online. chating wif bebrapa frenz kat fb. sambil tu waiting for engkau *cis engkau yg dah buat aku sakit kepala jerangkung betol!
aku tahu macam tak berbaloi. tapi...haahaha..
pape la.
aku nak naek atas balek. washing lagi bagus.

nota hujung entri:
tq my rumate. sy suka itu hadiah :)



in a few more minutes.genap la umur aku 22 tahun.
okey.senyap semue.aku tengah kira jari kaki jari tangan, OMG kene tambah 2 bijik batu lah!
ade 20 je jari.okey means aku dah dewasa
cehh.bajet dewasa
i hope i can act like one :) (tapi macam bosan kan)
happy birthday me!
aku tak hope banyak pon. actually i never really celebrate my birthday. tak penting kot. haha
hoping dat both mak and abah tak lupe aku :)
*aku sangat homesick sekarang.haha
lawak pon ada.da tua pon nak homesick lagi.tadi col mak pon cam nak terpecah empangan air matta aku.haha
mak aku yang kuat, luar dan dalam. i love her very much. haishh. i miss her so much. aku tak penah open kot ngan families, sbb aku rase tak nak bg dorang sedih.hailaa..
and aku lupe dah bile last time aku nangis kat mak aku. serious tak ingat. *tetibe aku rase nak col n nangis puas2. mak ela sedih ni..haihh
ayah aku yang care tapi tak tunjuk. i love u abah. aku pon tak ingat bile last time aku cite pasal idop aku pada abah.
nanti bile aku ade anak aku tak nak anak aku masuk asrama. kesian.jauh ngan families. aku da rase. sadis and sedih :(
thanks mak, thanks abah. sebab mak n abah ela lahir kat dunia ni :)
saya sayang kamu banyakkkkk banyakkkkkk sangat.
sangat sayangg

anak mak and abah:

hailaaa.dah la kecik nak ajak aku perang lak!
ciskek, mangkuk lima tingkat!
dahaga sangat darah aku?
tengok!!da la kecik.ade hati nak maen perang-perang ngan aku.
cis betol.besar-besar aku ni pon kalah ngan si kenit ni
hamboih!
tak masal aku derma darah malam ni.
mentang-mentang library ni kawasan jajahan ko.
siap la ko kalo aku jumpe ko kat kawasan taklukan aku.
mmg spray ni jd makan ko!ade brani??
ok badan aku dah tumbuh bintik-bintik merah.


nota hujung entri:
*gagah sangat nak beronline kat library ngn rumate

**pics semue tibai kat google :)


yangterseksasekejap;
double stress?refer to previous entry
single happy?ofcoz sebab Chelsea still x leh nak kalah kan MU
but i admit MU da takda la se gah dulu
tu sebab aku wonder kenapa la si chelsea still xleh nk kalahkan
pape pon still aku happy
hahaaha
 or
mesti la MU.
seronok aku tengok budak2 sebelah aku garu2 kepala stress.haha
lawak :P


nota hujung entri:
ni entri sebelom aku tidur
dan aku bakal beradu dengan amannye ;P
gud night people



double game.
double stress.
double trouble.
kepala hutak lah.sedap sedap aku semangat nak sokong skuad harimau lawan Bahrain. time ni jugak la tv kat seluruh UMT ni rosak. time ni la live streaming tak leh gune due to contract tah pape. and time ni gak la aku terpaksa tengok match MU and Chelsea bersama sama penyokong tegar chelsea.hadooiiiii.terpaksa aku mengeluh sekejap.
ni haaa!!!auuummmmmm!!semangat harimau aku tengah membara ni.
(semangat yang cute)
tapi aku kalo da bersemangat mmg tak kan nampak cute cam tu la..heh..abes seluruh tv kat umt ni aku jelajah.
satu je yang ok.tu pon nk on bapak punye tinggi..dah la ketinggian aku ni mmg tinggi.
telinga keldai tu ade gak kat leher si tinggi  tu.telinga aku lak ak tak taw la sampai mane :(
sad fact!
shit!ok one more goal for chelsea minit ke 46.CISkek berdebu betol!
diam!
da la takde geng nak tengok bola sesame.cis.

da la dari aku melayan benda stress ni baek aku balek beradu.

double stress for

aku buat ebtri elok lepas aku basuh tangan keluar dari toilet kat cafe sheikh abdul malek UMT..
haaa specific tu. 
dok dalam tandas td macam2 aku rase (ehh bukan yang jijik-jijik ok)
marah.lawak and at last aku gelak


urrgghhhhhhh *sambil tendang-tendang serta tarik-tarik pintu toilet
ishhhh ape benda la. bajet nak tukar pintu baru tp menyusahkan *aku mengomel sorang2 ni..tak taw lak ada org laen kat dlm tu
manusia pon mengembang inikan pulak pintu
hahaha!beliau sangat spontan.
siap tuka peribahasa lagi.tabik la!
kalau cikgu BM ko tau mesti bangga :)



rentetan dari kebosanan yang melanda sepanjang 4 hari cuti
first aku reka cerita ..jeng jeng love story
then nasib baik aku ada roomate yang sama kebosanan
ape lagi..lets go to concert la..nasib baek Terengganu ade gak wat aktiviti sempena maulidur rasul
boleh la nak cari keceriaan hidup yang sementara ni :P
watching performance from Dato' Siti..wow..first time tengok secara live..mcm angel pon ade
plus baju ala-ala kayangan die tu mmg cantek la..
patot pon Dato' K tergoda..i'm officially her staker now..haha


then ada rabbani..Amy Search, adik Najwa Latif, Sabri yunus..other pics bole tengok kat sini


sekian sahaja untuk entri ni :p


nota hujung entri:
memandangkan ni zaman bosan aku so banyak la entri baru masuk..thanks to all readers..


hugs&kisses

this story was created yesterday..
ok dok UMT time cuti mmg da jadi hobi aku kot (urghhhh)
dan cuti 4 hari menambahkan lagi 'kegirangan' aku yang hampir pengsan kebosanan yaaamatttt
sambil belek2 album, mcm dapat one idea..
so here goes the story of unlucky male turtle..finding love..hoping for perfect ending but...in the enddd...sile la bace sendiri :)









THE END!!
finally there is no such thing as perfect ending
tak mencabar la hidupkan kalau everything pon perfect..
so here is declaration of the imperfect shille yusof:
i am not perfect and never be perfect..thats why Allah create 'someone' to be my other half, (ok i'm hoping for perfect ending la jugak kan..jodohkan dah ditetapkan cume nak berusaha mencari tu belom lagi)..see the imperfect me yang malas :)..i am not perfect that i always fails to memorize something simple, i wear jeans for jogging, i get angry for nothing.. i can't cook like Chef Wan (tetibe)..i suddently can't eat spicy foods..i don't have perfect body like model..i don't always do what people expect of me..in conclussion i am human from planet Earth. the imperfect human..alaa lagipun mane ade hunan yang perfect kan??


thats all for now..thanks to all readers :)


theimperfectme:

Followers