kau banyak cita-cita
cita-cita kau besar belaka
aku kagum dengan kau
tapi langkah kau terlampau besar, tak mungkin aku dapat ikut sama
aku harap kita boleh ikut cara kita
kau dengan cara kau
aku dengan cara aku 
with no hard feeling
tapi aku rasa aku salah
aku fikir bila kita ada di landasan kita sendiri aku sudah lepaskan kau
hakikat, aku sedar, aku masih mahu memegang kau
aku patut tahu hati kau milik kau
bila milik kau, kau bebas buat apa saja tanpa kongkongan
ya aku patut hilangkan rasa ini
aku patut lepaskan kau sepenuhnya
biarlah hati kita sama-sama bahagia
cuma kau beruntung, kau sudah bertemu dengan kebahagian kau
aku? mungkin tak lama lagi juga
buat masa sekarang cukuplah aku bahagia sekadar yang aku ada ini

0 comments:

Followers